Food For The Mind And Soul ♥

"When we were 5, they asked us what we wanted to be when we grew up. Our answers were things like Astronaut, President, or in my case... PRINCESS.

When we were 10, they asked again and we answered --- Rock Star, Cowboy, or in my case... GOLD MEDALIST.

But now that we’ve grown up, they want a serious answer. Well, how 'bout this... "WHO THE HELL KNOWS?!".

This isn’t the time to make hard and fast decisions, it's time to make mistakes. Take the wrong train and get stuck somewhere chill. Fall in love --- A LOT! Major in Philosophy 'cause there's no way to make a career out of that. Change your mind. Then change it again, because nothing is permanent. So make as many mistakes as you can. That way, someday, when they ask again what we want to be... we won’t have to guess. We’ll know."

Jessica Stanley's Valedictorian Speech at the Forks High School Graduation
(The Twilight Saga : Eclipse)


Just A Little Something About Me ♥

Come, And Follow Me ♥

Number Of Stalker ♥

Live Traffic Feed ♥

Chapters Of My Life ♥

Wednesday, February 18, 2009

2008 cute's blogger award from cik eli, cik tina and encik angenzzz... tenkiu, tenkiu. saya tahu saya (memang!) cute...

Tag 2:



Rules & Regulations:
Copy the "2008 Cute's 3blogger Award" badge into your blog.
Link the award back to the tagger.
Every blogger must state 10 hobbies/facts about him/her before tagging others.
10 bloggers must be chosen to receive the award and their names must be stated.
Leave a comment to those you're tagging letting them know that they have been tagged.


10 Ugly Truth About Me:

1# saya cute. mungkin anda menganggap saya mengangkat bakul sendiri, tetapi hakikatnya, bukan saya seorang yang kata begitu. ini telah dibuktikan (dan diakui!) sendiri oleh cik eli, cik tina dan encik angenzzz. sebab itu mereka menganugerahkan saya award ini. betul kan saya (memang!) cute, cik eli, cik tina dan encik angenzzz?

2# semasa tahun yang ke-3 pengajian saya di umskal, saya pernah turun ke kuliah dengan keadaan belum (atau tidak!) mandi. bukan apa saya tidak mandi, tetapi saya terlewat bangun. bukan salah saya, tapi salah mata saya yang berat, tidak mahu bangun. ketika saya sedar, jam memang sudah menunjukkan lebih jam 8 pagi. saya tidak terus gabra, malah dengan gembiranya dan senyuman yang terukir di bibir, saya berkata dalam hati, "tidur lah. tidak mengapa. bukan selalu pun. en. goh say leng pasti memaafkan mu." apa lagi, tanpa berfikir panjang, saya pun kembali lah ke dream land saya. tiba-tiba, henpon saya berbunyi (atau menyanyi!). saya pun pantas mengambil henpon saya, bukan untuk membaca sms, tetapi untuk di-silent-kan agar tidak menganggu masa tidur saya. tetapi saya tetap membaca sms yang dikirimkan kepada saya, dan ia adalah daripada coursemate saya. katanya, "datang cepat. en. goh say leng cakap kalau tak datang kuliah tak boleh sit for final exam." lebih kurang begitu lah sms nya kepada saya. mula-mulanya, saya amat berat hati juga untuk menghadiri kuliah en. goh say leng. tapi risau juga kalau tidak dibenarkan sit for final exam. hati (dan jiwa, dan raga!) saya semakin risau setelah menerima beberapa sms daripada coursemate yang lain, berkenaan benda yang sama. saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan, kalau saya mandi, ambil masa lebih kurang 1 jam, dan saya yakin pada masa itu, kuliah pasti sudah selesai. dan akhirnya, saya membuat keputusan untuk menghadiri kuliah en. goh say leng, tanpa mandi. saya just sempat gosok gigi dan mencuci muka. dan untung ada 2-ways-foundation, saya sempat menyorokkan jerawat-jerawat yang ada di muka saya. segala benda yang boleh mengeluarkan wangian-wangian, saya curahkan ke atas badan saya agar tidak terlampau obvious saya belum mandi. dan lebih kurang 5 minit sebelum kelas en. goh say leng tamat, saya membuka pintu bilik kuliah tanpa segan-silu (sebenarnya dalam hati, bukan main malu lagi!). 5 minit saja saya duduk dalam dewan kuliah dan tidak ada apa-apa ilmu yang saya dapat untuk hari itu. sekian, terima kasih.

3# semasa di tahun ke-2 pula, saya pernah tersalah masuk kereta orang 2 lelaki cina. begini ceritanya, saya telah diajak keluar oleh seorang kawan. pada mulanya, saya refuse untuk keluar kerana hari itu saya kepenatan. tetapi, untuk tidak mengecewakan ajakan kawan saya itu, saya pun bersetuju. on the way untuk berjumpa kawan saya, henpon saya berbunyi menandakan ada sms yang masuk. saya pun ber-sms lah. saya memang jenis yang cepat leka, saya akui. disebabkan terlampau leka, saya tidak menyedari yang saya telah tersalah masuk kereta. dengan tahap confident yang amat tinggi, saya sesuka hati saya telah membuka pintu tempat duduk belakang, terus duduk, dan kemudiannya terus menutup pintu. saya lansung tak rasa apa-apa pada ketika itu kerana apa yang saya ingin lakukan adalah untuk me-reply sms. lagipun sms itu adalah berkenaan sesuatu yang agak penting juga. dalam saya sibuk me-reply, saya macam sedar juga yang 2 orang lelaki tersebut asyik memandang saya. tapi saya buat tak kisah saja. ada juga terlintas dalam kepala saya kenapa ada seorang lagi dalam kereta ini, padahal yang sepatutnya keluar adalah saya dan kawan saya sahaja. tapi biar la, tak kisah! saya tetap busy dengan sms saya. tiba-tiba, seorang daripada mereka bersuara, "erm, you're in the wrong car." masa itu baru lah saya mengalihkan pandangan saya daripada henpon (biarpun saya belum habis me-reply sms!). baru lah saya sedar yang mereka bukan lah kawan saya dan saya lansung tidak mengenali mereka. saya cepat-cepat berkata "sorry!" kepada mereka dan terus keluar dari kereta tersebut. saya berasa amat-amat (sungguh-sungguh!) malu pada ketika itu. betul-betul (sangat!) malu sampai saya rasa saya tidak sanggup untuk menghadapi dunia. (memang!) padan lah dengan muka saya, kan? siapa suruh kusyuk sangat ber-sms. kalau kusyuk sangat mengulangkaji pelajaran tidak mengapa juga.

4# saya seorang yang kuat menangis. saya ingat lagi semasa di kolej matrikulasi labuan, masa tu memang gila movie korea. ada satu malam, saya bersama roomates saya, ann dan ckyn menonton windstruck. cerita tu memang sedih. sampai ckyn yang jarang nangis pun turut lah menitiskan air mata. lebih-lebih lagi part pelakon lelaki itu mati ditembak. sedih sangat. memang normal lah kalau perempuan menangis time tengok movie, tetapi saya ini lain sedikit, menangis ter-over-over. sampai movie tu habis pun saya masih lagi menangis. kalau sekejap saja tidak lah mengapa, tapi sampai berjam-jam movie itu habis pun saya masih menangis. sampaikan ann dan ckyn terpaksa memujuk saya sambil duduk di atas katil saya (sebab saya suka menangis sambil menutup muka dengan bantal!). kesian sungguh mereka, kan? mungkin mereka rasa bersalah kerana mengajak saya menonton movie tersebut sehingga mengakibatkan saya tekanan emosi. hrmmm, kesian banget deh loe.

5# saya sangat sayangkan bantal-bantal busuk wangi saya. mana ada bantal-bantal saya busuk. wangi lah. emak saya cakap busuk, tapi saya langsung tidak merasakan bantal-bantal saya busuk. emak saya cakap lagi, kalau dia tikam bantal-bantal saya masuk ke dalam sungai sarawak/sungai rajang pasti buaya-buaya dan ikan-ikan akan mati dan timbul di atas permukaan air. saya tahu dia cakap begitu sebab dia cemburu. dia tidak ada bantal busuk. emak dan nenek saya selalu juga bertanya kepada saya, "kalau sudah berkahwin, bantal-bantal itu dibawa sekali ke?" tanpa segan-silu, saya kata, "ya. apa salahnya?" kepada lelaki di luar sana yang rasa hendak meminang saya (ada ke? ehehe.), you are so lucky, anda tidak hanya akan mendapat saya, anda juga akan mendapat bantal-bantal saya. wow, untungnya anda! jadi terima lah kami seadanya.

6# saya kuat bercakap. sangat kuat harimau, sebab saya memang dilahirkan dalam tahun harimau. disebabkan saya kuat bercakap, banyak lah juga padah yang saya terima. dulu-dulu time sekolah rendah, terutama sekali time darjah 1, darjah 2, kalau time cikgu hendak keluar dari kelas untuk ke bilik guru, cikgu tersebut akan mengarahkan ketua kelas untuk berdiri di hadapan kelas dan jika sesiapa didapati bercakap atau membuat bising, si ketua kelas tadi akan mencatatkan nama si pesalah di papan hitam. memang (amat-amat!) jarang sekali nama saya tidak ditulis. saya sedar saya memang banyak mulut. hukuman yang selalu diterima adalah padam papan hitam, buang sampah, dan sebagainya. kesian saya. pernah juga satu ketika semasa saya dalam darjah 4, saya dihukum berdiri atas meja sepanjang kelas en. vellu (beliau sudah meninggal dunia!). biarpun sudah dihukum, saya tetap bercakap-cakap dengan rakan-rakan lain yang duduk. akibatnya, saya telah ditikam dengan kapur. kesian saya. bukan hanya itu, semasa di tingkatan 2, saya pernah dihukum naik ke pentas semasa perhimpunan. pada masa itu, saya rasa sungguh popular sekali. saya masih sempat ber-signal-signal dengan rakan-rakan yang berada di bawah pentas. begitu lah saya semasa kecil. memang muka tembok. nasib baik lah saya sudah berubah sekarang. menjadi seorang yang lebih pemalu (dan ayu!). ayu ke? ehehe. hari yang paling saya tidak gemari semasa di sekolah adalah hari ramah-tamah ibu-bapa, kerana saya seringkali di-complain sebagai talkative. and yeah, setiap kali itu lah saya akan dimarahi di rumah. kononnya di sekolah tempat belajar, bukan tempat bercakap. betul ke?

7# saya memang kuat makan. kalau dulu-dulu time camping, beg saya lah yang paling besar, bukan banyak pakaian, tapi banyak makanan. sebenarnya, dulu-dulu masa darjah 1, saya tidak kuat makan, malah semasa saya di darjah 1, berat badan saya hanya lah 18 kg. slim kan saya ktika itu? disebabkan emak saya tidak suka saya slim, dia telah sumbatkan saya dengan bermacam-macam ubat cacing serta vitamin, dan saya rumuskan bahawa tabiat kuat makan saya ini saya perolehi daripada situ lah. saya mula kuat makan semenjak berada di sekolah menengah. masa itu, saya memang risau sangat. sebab, maklum lah, masa itu kesedaran tentang pentingnya memiliki badan yang ramping macam posh spice girls telah mula muncul dalam diri saya. emak saya pula, sebaliknya nampak sungguh gembira dengan perubahan tabiat pemakanan saya. ada satu ketika itu, dia dengan gembiranya menhantar burger-burger kfc kepada saya semasa saya mengikuti perkhemahan pandu puteri. pelik kan emak saya? sepatutnya saya mempelajari tentang kehidupan berdikari di dalam hutan, tetapi emak saya telah menyedarkan saya bahawa, walau di mana kita berada, kita tetap boleh makan makanan kfc. disebabkan kejadian-kejadian ini lah badan saya sekarang menjadi sangat gebu. saya menyalahkan emak saya dan vitamin-vitaminnya di atas ke-gebu-an badan yang saya miliki sekarang. sesungguhnya, emak saya dan vitamin-vitaminnya memang ada kesan sampingan -- kuat makan dan ke-gebu-an.

8# saya sekarang adalah seorang pengganggur yang berjaya. kalau ada kerja kosong, inform lah kepada saya. kerja bibik di rumah anda pun saya sanggup asalkan basic gaji saya rm1500. ada allowance. keja 5 hari seminggu. jam 8 pagi - 5 petang. sabtu, ahad hari berehat sedunia. isnin - jumaat, jam 2:30 - 3:30 petang saya mesti menonton jelita. dan ada syarat-syarat lain yang mungkin saya tambahkan dari semasa ke semasa. sekian terima kasih. sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam tagboard saya yang berada di sebelah kanan.

9# petang tadi saya ke market untuk membeli barangan dapur. first time tau. nampak gayanya saya memang ada bakat untuk menjadi seorang isteri yang baik. baik ke?

10# semenjak dua menjak ini, kegilaan terbaru saya adalah tag. saya suka di-tang dan juga suka men-tag. jadi kawan-kawan, mari lah kita saling tag-men-tag.


Mangsa-mangsa seterusnya:
1# Ida
2# WeWin
3#
4#
5#
6#
7#
8#
9#
10#

No comments:

Post a Comment

Countdown!~ Countdown!~ Countdown~ ♥

Daisypath Anniversary tickers

2012's Resolution List ♥

i MUST lose weight to 50 kg!!!~

i MUST be a good teacher!!!~

i MUST have my own car!!!~

i MUST have a lot of $$$ in my bank!!!~

Music Of The Heart ♥


"i have died everyday
waiting for you
darling don't be afraid
i have loved you
for a thousand years
i'll love you for a thousand more"